MRT Laluan Putrajaya | Fasa satu beroperasi mulai 16 Jun ini
Sistem pengangkutan awam negara menyaksikan satu lagi kemajuan apabila perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya fasa satu bakal beroperasi secara rasmi mulai jam 3 petang, 16 Jun ini.
MRT laluan ini meliputi jajaran sepanjang 17.5 kilometer membabitkan 12 stesen dari Kwasa Damansara ke Kampung Batu, Kuala Lumpur.