Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

MySejahtera | Khairy, Tengku Zafrul beri keterangan kepada PAC

MySejahtera | Khairy, Tengku Zafrul beri keterangan kepada PAC

Dua Menteri Kabinet kini dilaporkan sedang memberi keterangan di hadapan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung isu pembangunan dan perolehan aplikasi MySejahtera.

Pengerusi PAC, Wong Kah Woh berkata, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, dan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Mohd Zafrul Tengku Abdul Aziz dipanggil bagi prosiding berkenaan yang berjalan sejak awal pagi ini.