Negara pembekal ASEAN beri komitmen bantu negara anggota
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menjelaskan negara pembekal makanan ASEAN memberi komitmen untuk memberi keutamaan kepada negara anggota bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan.Jelasnya, keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Menteri-menteri ASEAN mengenai Pertanian dan Perhutanan (AMAF) kali ke-45 di Shah alam pada Khamis.