Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

NIMP 2030 tingkatkan nilai sektor pembuatan kepada RM587.5 bilion - PM Anwar

NIMP 2030 tingkatkan nilai sektor pembuatan kepada RM587.5 bilion - PM Anwar

Pelaksanaan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2023 (NIMP 2030) akan memerlukan kos sekitar RM95 bilion bagi tempoh masa tujuh tahun, yang majoritinya akan disumbang oleh ekuiti swasta, kapital dan pasaran kewangan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hampir 10 peratus dari jumlah tersebut akan disediakan kerajaan bagi tujuan memangkin dan memberi insentif melalui Tabung Pembangunan Industri NIMP dan Tabung Pelaburan Bersama Strategik NIMP.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, pelan tersebut disasar untuk meningkatkan nilai tambah sektor pembuatan kepada RM587.5 bilion menjelang 2030, pengembangan sebanyak 6.5 peratus dari nilainya hari ini.