Orang buat apapun pada saya, tetap salam dan maafkan - KJ
Mantan Menteri dan hos podsiar Keluar Sekejap, Khairy Jamaluddin akui sempena Aidilfitri beliau tiada halangan untuk bersalam dan maafkan sesiapa sahaja yang ditemui meskipun pernah berdepan sebarang tomahan. Jelasnya, begitulah lumrah dalam dunia politik yang wujud persaingan yang sangat sengit sehingga ada masanya perasaan dilukai. #LebaranAWANI