Palsu | KKM nafi video tular berkaitan vaksinasi
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan video tular mendakwa pelajar sekolah mengalami reaksi selepas menerima suntikan vaksin.
Menurut KKM, video tersebut merupakan video lama berkaitan kejadian keracunan gas di sebuah sekolah di Pasir Gudang pada tahun 2019.