'Panglima perang' Bung Moktar mahu jadi individu pertama terima vaksin COVID-19
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin hari ini menyuarakan kesediaan beliau untuk menjadi individu pertama di negara ini menerima vaksin COVID-19.
Menggelarkan dirinya sebagai 'panglima perang’, Timbalan Ketua Menteri Sabah itu berkata, beliau menyatakan kesediaan berkenaan kerana ada pihak yang mempertikai tahap keselamatan vaksin tersebut.
