Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Pasang bendera terbalik, pemilik kedai perkakasan mohon maaf

Pasang bendera terbalik, pemilik kedai perkakasan mohon maaf

Pemilik kedai perkakasan di Kepala Batas, Pulau Pinang memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas kesilapannya mengibar Jalur Gemilang terbalik sewaktu memasang bendera terbabit di luar kedai miliknya.

Pang Chin Tian, 59 tahun, berkata kesilapan itu berlaku pada pagi Sabtu dan dia tidak perasan bendera itu dipasang secara terbalik oleh pekerjanya sebelum dia menaikkan batang besi berkenaan.