PAU2022 | UMNO jawab sebab 'tapis' siaran perbahasan
UMNO nafi bersikap tidak telus kerana tidak menyiarkan secara langsung sesi perbahasan perwakilan semasa Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 berlangsung.
Ketua Penerangannya, Isham Jalil menjelaskan, tindakan tersebut diambil bagi memberi ruang kepada perwakilan untuk bebas menyuarakan pandangan dan meluah isi hati mereka demi kebaikan parti.