Pelan Belanjawan UK akan fokus tingkatkan orang bekerja
Britain akan menggunakan pelan belanjawan minggu ini untuk menghapuskan halangan yang menjadi punca orang ramai tidak dapat bekerja dan menyebabkan masalah besar kepada majikan selepas pandemik COVID-19 dan Brexit.
Menteri Kewangan Britain Jeremy Hunt mengulangi bahawa beliau tidak akan tergesa-gesa memotong cukai untuk mempercepatkan ekonomi yang kini perlahan.