Pemain import ditahan di Indonesia, cuba seludup gula-gula ganja
Pemain bola keranjang import dalam Liga Indonesia, Jarred Dwayne Shaw, 34 tahun, dari Texas, ditangkap pada 7 Mei lepas selepas polis menyerbu apartmennya di daerah Tangerang, berhampiran ibu kota Jakarta, dan merampas 132 biji gula-gula ganja, kata Ketua Polis Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, Ronald Sipayung.