Pemandu lori maut tercampak keluar
Seorang lelaki berusia 46 tahun maut selepas tercampak keluar dari lori yang dinaiki dalam kemalangan di KM 373.9 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan. Muatan lori turut terkena dua penunggang motosikal yang cedera. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.