Penduduk bukan warganegara di Malaysia dianggarkan 3.38 juta
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) buat julung kalinya mengeluarkan penerbitan Statistik Migrasi Antarabangsa, Malaysia, 2025 selaras dengan saranan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menerusi Recommendations on Statistics of International Migration and Temporary Mobility 2025 yang mengesyorkan setiap negara ahli menyediakan statistik berkaitan stok serta aliran migrasi antarabangsa secara bersepadu dan berterusan.
