Penyelesaian dua negara kunci keamanan Palestin-Israel
Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi menegaskan bahawa penyelesaian dua negara adalah satu-satunya jalan untuk mencapai keamanan antara Palestin dan Israel. Beliau berkata demikian selepas menandatangani perjanjian gencatan senjata Gaza bersama pemimpin dunia dalam sidang kemuncak antarabangsa di Sharm El-Sheikh, Mesir.