Peralihan Endemik | Royal Brunei kembali terbang ke Sarawak
Royal Brunei Arlines akan kembali melakukan penerbangan dari Brunei Darussalam ke Kuching dua kali seminggu bermula 1 Mei ini.
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Lee Kim Shin berkata, operasi syarikat penerbangan itu akan berpandukan prosedur baharu yang ditetapkan Menteri Kesihatan Malaysia (MOH) dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).