Persiapan Banjir | MBM gerakan MYVOC, kerjasama dengan 14 NGO
Majlis Belia Malaysia (MBM) melalui Malaysian Youth Volunteer Community (MYVOC) bekerjasama dengan 14 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebagai persediaan menghadapi bencana banjir.
Presiden MBM, Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid berkata inisiatif berkenaan akan mengumpulkan NGO daripada pelbagai kepakaran bagi merencanakan kerja sukarelawan secara lebih efisien.