Pertanian | RM50 juta diperlukan naik taraf pusat penyelidikan pertanian Ulu Dusun
Sebanyak RM50 juta diperlukan bagi menaik taraf sepenuhnya pusat penyelidikan pertanian Ulu Dusun, Sandakan yang kini berusia 60 tahun.
Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah, Datuk Seri Jeffrey Kitingan berkata, langkah berkenaan penting memandang pusat penyelidikan itu menghasilkan pelbagai kajian penting kepada varieti pertanian Sabah.