PICKids | Kembali selama lima hari mulai hari ini
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) akan dibuka selama lima hari mulai hari ini sehingga Jumaat nanti untuk pemberian vaksin kepada kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun.
Pembukaan program vaksinasi itu bersempena minggu imunisasi peringkat kebangsaan 2022 yang disambut pada 16 Jun lalu bertemakan "perlindungan sepanjang hayat untuk semua"