PM akan beri syarahan perkasa Islam di Universiti Al-Azhar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan syarahan umum di Universiti Al-Azhar Al-Sharif di Kaherah, Mesir pada Ahad.
Beliau yang memulakan lawatan rasmi pada Sabtu akan menyampaikan ceramah dengan menekankan usaha pemerkasaan umat Islam melalui teknologi, kemasyarakatan dan ekonomi.