PM Pakistan Shehbaz Sharif tiba di KL untuk lawatan tiga hari
Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif, tiba di KLIA malam tadi untuk lawatan rasmi tiga hari. Beliau disambut Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, dan dijadualkan mengadakan mesyuarat dua hala serta menyaksikan pertukaran MoU dengan PM Anwar Ibrahim.