Polis kesan pemilik kereta asing sorok nombor isi RON95
Polis berjaya mengesan pemilik kenderaan asing yang menutup nombor pendaftaran ketika mengisi minyak bersubsidi RON95, selepas tular video rakaman insiden berkenaan di media sosial, dengan individu terbabit kini diminta hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai untuk membantu siasatan.
