Polis Siasat | Dua remaja lakukan aksi ‘wheelie’ dan ‘scorpion’
Polis menahan dua remaja selepas meneliti rakaman video melakukan aksi 'wheelie' serta 'scorpion' ketika menunggang motosikal.
Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Kedah Superintendan Mohd Mahiri Hussain berkata, aksi mereka itu disiasat selepas menerima laporan daripada seorang pemilik akaun Instagram.