Presiden Kyrgyz lawat Malaysia perkukuh kerjasama dua hala
Presiden Kyrgyz Sadyr Zhaparov akan mengadakan lawatan rasmi selama dua hari ke Malaysia mulai Selasa, dan beliau dijadualkan mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi memperkukuh kerjasama dua hala dalam pelbagai sektor.