Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

PRU15 | Bahagian UMNO Sabah diminta kemuka lima nama calon

PRU15 | Bahagian UMNO Sabah diminta kemuka lima nama calon

Setiap bahagian UMNO di Sabah diminta mengemukakan lima nama berpotensi untuk diketengahkan sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin, berkata senarai nama itu perlu dikemukakan segera oleh 25 bahagian UMNO negeri dan individu yang dicadangkan perlu berwibawa, memenuhi kriteria dan boleh diterima rakyat.