PRU15 | Cabaran besar menanti, kerajaan dibentuk perlu stabil
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa membayangkan kerajaan baharu yang bakal dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan menempuhi pelbagai cabaran yang besar.
Justeru beliau tekankan adalah penting untuk membentuk kerajaan yang benar-benar stabil bagi memastikan kesejahteraan rakyat terbela.
