PRU15 | Wakil parti kerajaan tidak solidariti terhadap PM
UMNO Menganggap pilihan raya umum ke-15 wajar diadakan memandangkan wakil daripada parti-parti yang membentuk kerajaan campuran sebelum ini jelas tidak memperlihatkan solidariti terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Jelas Setiausaha Agungnya Datuk Seri Ahmad Maslan, pembubaran parlimen yang diumumkan pada Isnin perlu dilakukan bagi menyerahkan kembali mandat kepada rakyat demi membentuk kerajaan yang lebih stabil