Qatar bekal 21,500 bungkusan makanan ke Gaza
Qatar Charity (QC) telah menghantar 21,500 bungkusan makanan melalui 39 konvoi ke Semenanjung Gaza.
MENURUT Agensi Berita Qatar pada Isnin, Bantuan itu disediakan dengan kerjasama Pertubuhan Amal Jordan Hashemite dan dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 100,000 orang di Gaza, dengan setiap bungkusan mencukupi untuk menyara keluarga selama sebulan penuh.