QS-AUR 2023 | Taylor's University tempat ke-49 terbaik di Asia
Taylor's University terus cemerlang dengan menduduki tangga ke- 49 peringkat Asia dalam senarai siri Q-S Asia University Rankings 2023.
Kedudukan tersebut menyaksikan peningkatan empat anak tangga berbanding pencapaian tahun lalu, sekali gus menjadikan Taylor's University sebagai universiti swasta terbaik di Malaysia dan Asia Tenggara.