‘Rakyat bergaduh kerana ideologi politik toksik’ - Penganalisis
Penganalisis politik, Dr. Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri berkata perbalahan yang berlaku dalam masyarakat umum adalah kerana ideologi politik toksik yang dilontarkan oleh orang-orang politik. Jelasnya, kebimbangan ini tidak pernah timbul dalam generasi rakyat Malaysia lebih awal yang mempunyai perpaduan yang utuh.