Sarawak juga perlukan sistem tren seperti Lembah Klang - Mahasiswa
Mahasiswa Universiti Malaya, Serena Michelle Lade berkata adalah tidak wajar mengabaikan pembangunan infrastruktur pengangkutan awam di Sabah dan Sarawak hanya kerana populasinya tidak sepadat Lembah Klang. Serena berkata Kuching dan Samarahan sebenarnya mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi dan memerlukan kepada jaringan pengangkutan awam yang lebih baik.