Senat AS luluskan bantuan AS$95 bilion untuk Ukraine, Israel, Taiwan
Senat Amerika Syarikat (AS) yang diketuai Demokrat meluluskan pakej bantuan AS$95.34 bilion (RM454.4 bilion) untuk Ukraine, Israel dan Taiwan di mana ia dibuat di tengah-tengah keraguan yang semakin meningkat mengenai nasib rang undang-undang (RUU) berkenaan di Dewan Perwakilan yang dikawal Republikan.