Sepanyol larang kapal, pesawat bawa senjata ke Israel
Kerajaan Sepanyol pada Isnin mengumumkan larangan terhadap kapal dan pesawat yang membawa senjata atau bahan api gred tentera ke Israel daripada singgah di pelabuhan atau memasuki ruang udaranya, susulan serangan ketenteraan berterusan Israel di Gaza.