Serangan Siber | Hospital terkemuka India tak dapat beroperasi dua minggu
Hospital terkemuka di ibu negara India kembali pulih pada Rabu susulan serangan siber yang melumpuhkan operasinya selama hampir dua minggu.
Pendaftaran dalam talian pesakit disambung semula selepas Institut Sains Perubatan All India dapat mengakses pelayannya dan memulihkan data yang hilang.