Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Suara Rakyat | Bukan sekali, tetapi tiga kali setahun dilanda banjir

Suara Rakyat | Bukan sekali, tetapi tiga kali setahun dilanda banjir

Bukan sekali, malah lebih 3 kali penduduk di beberapa kampung di Rantau Panjang dilanda banjir dalam tempoh setahun.

Mangsa menyifatkan banjir pada tahun ini luar biasa dan lebih besar kerana Projek Pembinaan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Golok, PLSB yang masih dalam pembinaan.

Banjir yang bertakung, selain tiada saliran untuk menyalirkan keluar menyebabkan mangsa banjir terpaksa tinggal lebih lama di pusat pemindahan sementara (PPS).