Suara Rakyat | Henti segera perang politik, rakyat juga yang susah
Pengumuman Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke 10 menamatkan penantian semua pihak khususnya pengundi yang mendambakan perubahan pragmatik dalam pelbagai sektor kerajaan.
Rentetan itu, kumpulan rakyat di Melaka ketika ditemui Astro AWANI menggesa, kemelut politik yang meruncing dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini segera dihentikan.