Takaful Malaysia catat pendapatan RM980.6 juta suku pertama 2025
Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad mencatatkan peningkatan pendapatan sebanyak 19% kepada RM980.6 juta bagi suku pertama 2025, dipacu oleh caruman tinggi dalam segmen kredit kumpulan dan pertumbuhan kukuh dalam perniagaan takaful keluarga serta platform digital KAOTIM yang terus memperkukuh kedudukan pasaran.