Tanpa Israel, Timur Tengah akan runtuh - Netanyahu
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dengan angkuh berkata kewujudan Israel adalah kunci kestabilan Timur Tengah. Beliau mendakwa musuh sedang menggunakan tiga pendekatan—kepungan serantau, peluru berpandu dan ancaman nuklear—untuk menghancurkan Israel. Kenyataan dibuat selepas konflik besar dengan Iran yang menyaksikan penglibatan Amerika Syarikat dan gencatan senjata baru-baru ini.