[TERKINI] Dewan Rakyat | Anwar kemuka usul berkait kenyataan Tim Leissner
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengemukakan satu usul ke Dewan Rakyat susulan kenyataan semasa prosiding melibatkan Pengerusi Goldman Sachs Group Inc Asia Tenggara, Tim Leissner. Menerusi satu kenyataan, Anwar berkata usul itu dikemukakan di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.