[TERKINI] Misi kemanusiaan Freedom Flotilla dipintas tentera Israel, komunikasi dengan dua kapal semakin terputus
Misi kemanusiaan Freedom Flotilla dilaporkan kini dipintas oleh tentera Israel, dengan insiden berlaku sekitar 10.30 hingga 10.50 pagi waktu Malaysia. Maklumat daripada pusat kawalan Flotilla di Istanbul menyatakan bahawa kapal Conscience merupakan antara kapal pertama yang dipintas, diikuti kapal Umm Saad, Milad, Algo dan Medan.