Trump akur amaran negara Islam
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, difahamkan dengan jelas tentang amaran keras negara-negara Arab dan Islam berhubung tindakan Israel untuk menjajah Tebing Barat. Amaran itu disampaikan dalam satu pertemuan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang turut dihadiri pemimpin dari Arab Saudi, UAE, Qatar, Mesir, Jordan, Turkiye, Indonesia dan Pakistan.