Warga emas ditemui meninggal dunia dalam kereta terkunci di Batu Kawa
Seorang lelaki warga emas ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah Perodua Axia yang terkunci dan masih hidup enjinnya di Jalan Batu Kawa, Moyan–Malihah, Kuching. Pasukan bomba membuka pintu menggunakan peralatan khas sebelum mangsa dikeluarkan, namun disahkan meninggal dunia. Jasad diserahkan kepada polis untuk bedah siasat.
