Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menafikan dakwaan agensi itu mengeluarkan kenyataan bahawa warga Rohingya di negara ini bukan pendatang asing tanpa izin (PATI).
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban menegaskan, warga Rohingya tanpa dokumen yang sah tetap dikategori sebagai PATI mengikut Akta Imigresen 1959/63.