Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, mahu menjadikan integriti, tadbir urus bersih dan prinsip kedaulatan undang-undang sebagai keutamaan serta komited memastikan pentadbiran negeri bebas daripada rasuah dan mengamalkan prinsip keadilan tanpa pilih kasih atau layanan berbeza dalam penguatkuasaan undang-undang.