Tue Feb 04 2025
Bangun semula Gaza perlu ambil kira keperluan menjelang Ramadan - ABIM
Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ahmad Fahmi Samsudin berkata misi membangun semula Gaza perlu mengambil kita keperluan tuntas rakyat Palestin menjelang bulan Ramadan yang akan datang. Jelasnya, penduduk dijangka berdepan dengan situasi yang amat getir memandangkan keadaan kampung halaman yang berada dalam keadaan lebih teruk daripada laporan semasa. #AgendaAWANI
Agenda AWANI: Ramadan dan Syawal insiatif rahmah, nikmat disyukuri
Ketahui inisiatif dan langkah intervensi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menjelang perayaan Aidilfitri bersama Dato Seri Mohd Sayuthi Bakar, Ketua Setiausaha, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam Agenda AWANI 9.00 malam ini.
Agenda AWANI: Desak gencatan senjata baharu di Gaza
Perlunya desakan ke atas usaha capai gencatan senjata di Gaza serta keperluan bantuan kemanusiaan, di tengah serangan berterusan Israel ke atas wilayah itu? Diskusi 8.30 malam
Agenda AWANI: Gaji Dah Masuk, 'Shopping' Lain Macam?
Kurang seminggu lagi masyarakat sempat membuat persiapan menyambut Syawal. Berbelanja raya secara fizikal atau atas talian, mana lagi ‘meriah lain macam’? Siaran Luar #AgendaAWANI langsung dari Bazar Aidilfitri Lorong TAR malam ini.
#AgendaAWANI #AWANInews
#AgendaAWANI #AWANInews
Agenda AWANI: JS-SEZ pemangkin ekonomi Johor
Ketahui perkongsian terkini oleh YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor mengenai bantuan mangsa banjir dan langkah segera menangani banjir Johor menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi serta perkembangan terkini pembangunan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ). Sejauh mana komitmen kerajaan negeri untuk memperkukuh infrastruktur dan menarik pelaburan pelbagai sektor, sekali gus meletakkan JS-SEZ sebagai hab utama pertumbuhan ekonomi? Ikuti diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI 8.30 malam ini.
Agenda AWANI: Zionis terus serang Gaza, Petugas MAPIM maut
Israel kembali menyerang Gaza sehingga mengorbankan nyawa petugas kemanusiaan termasuk wakil MAPIM di lapangan. Apa jadi dengan rundingan perjanjian baharu gencatan senjata Hamas-Israel? Diskusi 9 malam
Agenda AWANI: Syor had tempoh jawatan PM, Setuju?
Apa impaknya cadangan tempoh jawatan Perdana Menteri sehingga maksimum 10 tahun kepada kestabilan politik, keberkesanan pentadbiran kerajaan selain mengukuhkan integriti dan mengelak rasuah? Diskusi 8.30 malam
Agenda AWANI: Isu beras campur, selesaikan segera!
Isu beras campur, adakah ada kaitan dengan kehilangan beras putih tempatan (BPT) di pasaran? Apa punca kekurangan BPT: kos pengeluaran beras, struktur harga belian dan harga siling BPT? Diskusi 8.30 malam
Agenda AWANI: World #QuranHour 2025: Angkat surah Al-Saff
Isu yang dihadapi oleh Umat Islam pada hari ini sebenarnya banyak menjadi punca perpecahan? Bagaimana integriti yang diseru dalam surah Al Saff boleh menjadi titik tolak untuk membentuk kesatuan? World #QuranHour 2025
Agenda AWANI: E-Sepakat pantau isu-isu perpaduan termasuk yang dibangkitkan ahli politik – TKSU Kementerian Perpaduan Negara
Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Mohamad Sobri Mat Daud berkata sistem e-Sepakat digunakan Kementerian Perpaduan Negara untuk memantau sebarang isu-isu perpaduan yang dibangkitkan di setiap peringkat masyarakat. Jelasnya, sistem berkenaan turut memantau isu-isu sensitif yang dibangkitkan oleh pemimpin-pemimpin tempatan. #AgendaAWANI
Agenda AWANI: Kementerian Perpaduan Negara ketengahkan etnik Portugis, Chetti demi meraikan kepelbagaian - TKSU
Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Mohamad Sobri Mat Daud berkata Kementerian Perpaduan Negara mengambil inisiatif mengetengahkan etnik-etnik minoriti dalam negara seperti etnik Portugis dan Chetti di Melaka. Jelasnya, langkah ini bagi memastikan kaum-kaum majoriti turut menghargai kepelbagaian yang sedia-ada di Malaysia. #AgendaAWANI
Agenda AWANI: Bina Semula Gaza: Wujudkan kerajaan teknorat Gaza, jamin pembangunan mampan – Pengarah IEIJS
Pengarah Institut Kecemerlangan Pangajian Baitulmaqdis (IEIJS) Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya. Dr. Aminurraasyid Yatiban berkata sebuah kerajaan teknokrat di Palestin perlu diwujudkan untuk memastikan pembangunan semula Gaza yang lebih mampan. Jelasnya, Palestin tidak miskin tokoh dalam pelbagai kepakaran yang berupaya memimpin pembangunan wilayah terkepung itu. #AgendaAWANI
Agenda AWANI: Bina Semula Gaza: Negara Arab mungkin bertegas kerana bimbang rakyat memberontak – Pengarah IEIJS
Pengarah Institut Kecemerlangan Pangajian Baitulmaqdis (IEIJS) Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya. Dr. Aminurraasyid Yatiban berkata bimbang dengan risiko pemberontakan rakyat sendiri mungkin menjadi faktor yang menyebabkan negara-negara Arab bertegas dalam isu bina semula Gaza. Jelasnya, masyarakat awam Arab sememangnya tidak berbelah bahagi menyokong pembelaan nasib rakyat Palestin. #AgendaAWANI
Agenda AWANI: Bina semula Gaza, tolak usir rakyat Palestin
Sejauh mana Pelan Pembangunan Semula Gaza oleh Mesir dan negara Arab yang dianggarkan bernilai kos AS$53 bilion dalam tiga fasa ini realistik untuk dilaksanakan dalam tempoh lima tahun? Diskusi 9 malam
Agenda AWANI: Mengurus perpaduan, cakap baik-baik
Apa cabaran terbesar dalam menguruskan perpaduan dan mempromosi hidup bersama dalam budaya damai di Malaysia? Jadikan media sosial sebagai platform semai kecintaan, bukan kebencian? Diskusi 8.30 malam
Agenda AWANI: MWC 2025: Malaysia gerbang kepada inovasi ASEAN
Di mana kedudukan Malaysia dalam memacu perkembangan teknologi di rantau ASEAN menerusi pelaksanaan 5G, pembangunan infrastruktur digital dan inovasi kolaboratif? Temu bual bersama Timbalan Pengarah Urusan MCMC Datuk Zurkarnain Mohd Yasin dalam Agenda AWANI 9 malam ini.