UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

Dialog Tiga Penjuru: Sudah-sudahlah berpolitik…tiada lagi ‘tebuk atap’

YDPA Sultan Ibrahim beri jaminan tidak akan layan permintaan untuk gugat kestabilan politik dan ingatkan ahli Parlimen perlu tunggu pilihan raya, jika mahu berpolitik.

Jadi, bolehkah ahli - ahli politik berjiwa besar untuk patuh pada titah Agong dan benar-benar berkerja untuk rakyat?

Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam

Thu Feb 29 2024

Dialog Tiga Penjuru: Taksub, fanatik, sesat!

Dialog Tiga Penjuru: Taksub, fanatik, sesat!

Ketaksuban melampau dalam agama, penyelewengan akidah dan amalan bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar?

Meremehkan akal fikiran dalam memahami ajaran agama, tanda-tanda awal kepada fanatisme?

Ancaman yang boleh gugat keharmonian akidah umat Islam di negara, apa boleh kita buat?

Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam

Kelantangan YB Pasir Gudang bukti KEADILAN raikan perbezaan, PN belum tentu sedemikian – Kamil Munim

Kelantangan YB Pasir Gudang bukti KEADILAN raikan perbezaan, PN belum tentu sedemikian – Kamil Munim

Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Malaysia, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata sokongan pembangkang terhadap kenyataan ahli parlimen Pasir Gudang, Hasan Abdul Karim, yang tidak bersetuju dengan Perjanjian Persefahaman (MoU) berkaitan peruntukan ahli parlimen pembangkang suatu yang ironi. Jelasnya, kelantangan Hasan merupakan bukti keterbukaan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) terhadap perbezaan pendapat yang belum tentu dijamin dalam Perikatan Nasional (PN). #DialogTigaPenjuru
Kenyataan kerajaan sekat pembangunan kawasan parlimen pembangkang tidak benar, peruntukan tetap sampai – Kamil Munim

Kenyataan kerajaan sekat pembangunan kawasan parlimen pembangkang tidak benar, peruntukan tetap sampai – Kamil Munim

Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Malaysia, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata dakwaan bahawa kerajaan sengaja menyekat pembangunan kawasan parlimen pembangkang adalah tidak benar. Jelasnya, proses penyaluran dana ke kawasan-kawasan tetap berjalan, bahkan permohonan dana oleh ketua kampung turut diluluskan. #DialogTigaPenjuru
PN akan sokong agenda reformasi, RUU dana pembangunan kawasan parlimen sepenuhnya – Wan Fayhsal

PN akan sokong agenda reformasi, RUU dana pembangunan kawasan parlimen sepenuhnya – Wan Fayhsal

Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata Perikatan Nasional (PN) akan menyokong sepenuhnya Rang Undang-undang (RUU) dana pembangunan kawasan parlimen jika ia diperkenalkan kelak. Jelasnya, jalur perundangan dalam pemberian peruntukan kepada ahli parlimen adalah lebih baik berbanding Perjanjian Persefahaman (MoU) yang disifatkan sebagai tidak patut wujud dari awal lagi. #DialogTigaPenjuru
Tidak ada peruntukan sepanjang sesi parlimen ini, tidak ada masalah - Fayhsal

Tidak ada peruntukan sepanjang sesi parlimen ini, tidak ada masalah - Fayhsal

Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menegaskan tidak ada sebarang masalah untuk terus berkhidmat meskipun kerajaan tidak menyalurkan peruntukan kepadanya sebagai ahli parlimen pembangkang. Jelasnya, tindakan tersebut bagi mengekalkan prinsip sebagai pembangkang berwibawa. #DialogTigaPenjuru
Benarkan pembangkang tandatangan MoU secara individu – UNDI18

Benarkan pembangkang tandatangan MoU secara individu – UNDI18

Pengasas Bersama UNDI18, Tharma Pillai berkata kerajaan wajar memberi peluang kepada ahli parlimen pembangkang yang hendak menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) mengenai peruntukan ahli parlimen pembangkang secara individu tanpa restu parti yang diwakili mereka. Jelasnya, ini sebagai langkah awal bagi memastikan dana dapat disalurkan dan tindakan awal sebelum Rang Undang-undang (RUU) dana pembangunan kawasan parlimen diperkenalkan. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: MoU peruntukan pembangkang, apa masalahnya?

Dialog Tiga Penjuru: MoU peruntukan pembangkang, apa masalahnya?

Rundingan bagi draf MoU peruntukan pembangkang gagal, apa sudah jadi?

Siapa yang perlu bertanggungjawab untuk menjayakan kembali rundingan MoU tersebut?

Adakah perlu wujudkan undang-undang khusus bagi peruntukan dan dana pembangunan kawasan Parlimen?
Eksploitasi kanak-kanak: Perkasa pendidikan seksual – Ain Husniza

Eksploitasi kanak-kanak: Perkasa pendidikan seksual – Ain Husniza

Ain Husniza Saiful Nizam berpandangan sistem pendidikan seksual yang lebih komprehensif perlu diperluaskan bagi menangani isu pengantunan seksual dalam kalangan kanak-kanak.
Eksploitasi kanak-kanak: jangan normalisasi muat naik gambar atau video kanak-kanak

Eksploitasi kanak-kanak: jangan normalisasi muat naik gambar atau video kanak-kanak

Masyarakat perlu dididik untuk tidak menormalkan budaya memuat naik gambar dan video kanak-kanak di sosial media atau menyentuh kumpulan itu tanpa kebenaran ibu bapa mereka, kata Timbalan Dekan (Ijazah Tinggi) Fakulti Undang-undang Universiti Malaya (UM), Dr Haezreena Begum Abdul Hamid.
Eksploitasi kanak-kanak: Asah kemahiran asertif

Eksploitasi kanak-kanak: Asah kemahiran asertif

Kanak-kanak perlu dididik dengan kemahiran asertif untuk mereka membezakan perkara positif atau negatif.
Dialog Tiga Penjuru: Eksploitasi Kanak-Kanak | Ini Bukan Normal!

Dialog Tiga Penjuru: Eksploitasi Kanak-Kanak | Ini Bukan Normal!

Apa cara nak cegah ‘normalisasi’ tindakan dan aktiviti segelintir pihak merujuk kepada pengantunan kanak-kanak yang akhirnya menjurus ke arah eksploitasi terhadap golongan itu?
Dialog Tiga Penjuru: Menjadi gunawan, tidak dera haiwan

Dialog Tiga Penjuru: Menjadi gunawan, tidak dera haiwan

Dialog Tiga Penjuru: Menjadi gunawan, tidak dera haiwan
Siapa yang perlu bertanggungjawab dalam soal melindungi hak asasi dan kebajikan haiwan di negara ini?

Kes penganiayaan dan penderaan haiwan, apa perkara kita sering terlepas pandang?

Pendidikan mengenai hak asasi haiwan, apa perlu kita buat?

Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Dialog Tiga Penjuru: Awas! Jerus, mendap, banjir, runtuh

Dialog Tiga Penjuru: Awas! Jerus, mendap, banjir, runtuh

Bagaimana perancangan bandar boleh dioptimumkan untuk mengurangkan risiko bencana secara menyeluruh? Apa pula pelan mitigasi sekiranya berlaku? #DialogTigaPenjuru 830 mlm ini di @501Awani
Dialog Tiga Penjuru: Ancaman MPOX: Sama-sama jaga

Dialog Tiga Penjuru: Ancaman MPOX: Sama-sama jaga

Apa yang perlu kita tahu tentang Mpox (cacar monyet): simptom, cara penularan dan pencegahan?

Sejauh mana keberkesanan vaksin-vaksin sedia ada terhadap Mpox, atau ada rawatan khusus?

Siap siaga hadapi ancaman mpox, apa iktibar pengurusan pandemik terdahulu?
Dialog Tiga Penjuru: Rusuhan UK: Islamofobia, xenofobia, meledak

Dialog Tiga Penjuru: Rusuhan UK: Islamofobia, xenofobia, meledak

Apa yang perlu kita fahami tentang implikasi rusuhan anti-islam dan anti-imigran di UK ketika ini dan bagaimana ia perlu segera diuruskan dengan baik bagi mengelak berlakunya sentimen islamofobia dan xenofobia yang semakin menjadi-jadi hingga boleh mencetuskan konflik berpanjangan? Dialog Tiga Penjuru Khamis 8.30 malam.

Panelis:
1. Dato' Dr Afifi al-Akiti (Felo Pusat Pengajian Islam Universiti Oxford)
2. Nailah Huda (Pelajar Malaysia di UK)
3. Prof. Dr. Mohd Mizan Aslam (Professor Pengajian Keselamatan & Strategik, UPNM)

Tarikh: 15 Ogos 2024