Mon Feb 17 2025
100,000 murid keluarga B40 terima bantuan buku tulis
100,000 murid daripada keluarga B40 akan menerima bantuan buku tulis membabitkan sekolah di bawah Kementerian Pendidikan.
Sokongan Kabinet Jepun jatuh ke rekod terendah
Sokongan terhadap kabinet Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba, jatuh ke tahap terendah selepas kontroversi pemberian baucar hadiah kepada ahli parlimen LDP, mencetuskan kritikan dan kebimbangan mengenai integriti politik.
Forever 21 fail bankrap kali kedua
Peruncit fesyen Forever 21 memfailkan kebankrapan buat kali kedua dalam tempoh enam tahun akibat kemerosotan trafik di pusat beli-belah serta persaingan sengit daripada peruncit dalam talian.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Utara
KTMB memperkenalkan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Utara untuk memudahkan perjalanan pulang ke kampung sempena Hari Raya Aidilfitri.
Dengan 1,920 tiket tersedia, tren ini menawarkan perjalanan yang selesa dari KL Sentral ke Padang Besar, Perlis.
Dengan 1,920 tiket tersedia, tren ini menawarkan perjalanan yang selesa dari KL Sentral ke Padang Besar, Perlis.
Ketengah salur RM1 juta bantuan Ramadan dan Aidilfitri
Bantuan berjumlah RM934,200 disalurkan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) bersempena dengan Ramadan dan Aidilfitri tahun ini.
Program Ikatan Kasih MADANI ini akan memberi manfaat kepada 4,052 asnaf dan 85 surau di wilayah tersebut.
Program Ikatan Kasih MADANI ini akan memberi manfaat kepada 4,052 asnaf dan 85 surau di wilayah tersebut.
Ismail Sabri tiba di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya untuk hari ketiga
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di Putrajaya, pukul 9.52 pagi pada Isnin untuk dirakam keterangan bagi hari ketiga.
Polis Kelantan luluskan 303 permit jual bunga api, mercun
Polis Kelantan menerima 383 permohonan orang ramai bagi mendapatkan permit menjual bunga api dan mercun sepanjang Ramadan ini.
AWANI Ringkas: Hujan berterusan di Sarawak esok hingga Khamis
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
"Kami akan pertahan kedaulatan kami" - Duta Kanada ke AS
Dalam temu bual di Fox News Sunday, Duta Kanada ke Amerika Syarikat, Kirsten Hillman, menegaskan bahawa Kanada akan kekal berpegang teguh kepada kedaulatannya di tengah cadangan berulang oleh Presiden AS, Donald Trump, agar negara itu bergabung dengan Amerika Syarikat
Hillman menyatakan bahawa Perdana Menteri Kanada yang baharu, Mark Carney, akan berusaha untuk mengadakan perbincangan dengan Trump secepat mungkin.
Hillman menyatakan bahawa Perdana Menteri Kanada yang baharu, Mark Carney, akan berusaha untuk mengadakan perbincangan dengan Trump secepat mungkin.
China rangsang penggunaan domestik
China melancarkan pelan tindakan khas untuk meningkatkan penggunaan domestik dengan menambah pendapatan, menawarkan subsidi penjagaan kanak-kanak, serta mengurangkan kebergantungan kepada eksport dan pelaburan bagi merangsang pertumbuhan ekonomi.
325,000 sertai protes antirasuah di Serbia
Lebih 300,000 penduduk Serbia membanjiri jalan utama sejauh dua kilometer di ibu negara Serbia, Belgrade bagi menyertai demonstrasi antirasuah terbesar yang menggemparkan negara Balkan itu sejak beberapa bulan lalu.
Ahli keluarga tebusan kritik tindakan Netanyahu pecat Ronen Bar
Penunjuk perasaan israel termasuk ahli keluarga tebusan berhimpun di Tel Aviv mengkritik tindakan perdana menteri Benjamin Netanyahu untuk memecat ketua perkhidmatan perisikan domestik Shin Bet, Ronen Bar serta menyifatkan sebagai perang terhadap tebusan.
Liga Arab gesa campur tangan global atasi krisis kemanusiaan di Gaza
Dunia diseru campur tangan dan bertindak segera dalam menangani krisis kemanusiaan di Semenanjung Gaza dan wilayah lain yang mengalami pencabulan hak asasi manusia.
Perkara itu disampaikan Jawatankuasa Piagam Hak Asasi Manusia Arab (AHRC) di bawah Liga Arab.
Perkara itu disampaikan Jawatankuasa Piagam Hak Asasi Manusia Arab (AHRC) di bawah Liga Arab.
Aisha Retno sokong usaha hasilkan lagu raya Gen Z
Kemunculan banyak lagu raya Gen Z ternyata membawa kemeriahan berganda menjelang Syawal yang bakal tiba tidak lama lagi.
Tampar lelaki makan, tindakan sedemikian harus dihentikan
Insiden seorang lelaki menampar lelaki Cina berkali-kali kerana makan di bulan Ramadan di Johor merupakan provokasi yang tidak mencerminkan semangat perpaduan dan keharmonian negara.
Empat premis perniagaan di Jitra musnah dalam kebakaran
Di Jalan Changlun, Jitra, kebakaran tercetus melibatkan empat premis perniagaan dengan anggaran kemusnahan antara 15 hingga 95 peratus.
Sebanyak 16 anggota bomba dari BBP Jitra dan BBP Bukit Kayu Hitam, dengan bantuan Pasukan Bomba Sukarela, berjaya mengawal kebakaran pada 9.35 malam dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada 1.11 pagi.
Sebanyak 16 anggota bomba dari BBP Jitra dan BBP Bukit Kayu Hitam, dengan bantuan Pasukan Bomba Sukarela, berjaya mengawal kebakaran pada 9.35 malam dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada 1.11 pagi.