Kerajaan cadang nyah sulit laporan akhir pasukan petugas khas
Peguam Negara dicadang mempertimbang untuk menyah sulit laporan akhir Pasukan Petugas Khas Semakan Undang-undang Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.
Menurut Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil, ia diputuskan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.