Thu Aug 29 2024
Raja Zarith Sofiah gesa sektor swasta tingkat usaha bantu golongan muda
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menggesa sektor swasta meningkatkan usaha membantu golongan kanak-kanak serta remaja di Malaysia dalam mendepani pelbagai isu termasuk pendidikan, masalah sosial dan kesihatan mental.
AWANI Ringkas: Amaran hujan lebat, ribut petir hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
"Kelulusan kontrak dibuat kerajaan terdahulu, bukan kerajaan saya" -PM
Perdana Menteri menegaskan bahawa beliau mengamalkan prinsip media bebas dan tidak bermakna kita perlu haramkan semua aktiviti berkaitan Bloomberg.
Beliau juga menjelaskan bahawa siasatan kasino forest city membabitkan syarikat yang saham terbesarnya dimiliki oleh tuanku.
Beliau juga menjelaskan bahawa siasatan kasino forest city membabitkan syarikat yang saham terbesarnya dimiliki oleh tuanku.
"Saya pun tak suka mengungkit kisah lama..." - YB Pasir Mas
Yang Berhormat Pasir Mas mengajukan soalan terhadap Perdana Menteri berkenaan campur tangan terhadap siasatan yang mengakibatkan episod tidak seronok di dalam hidup beliau secara peribadi berpuluh tahun lalu
Beliau juga menyentuh berkenaan isu kasino forest city dan bloomberg yang masih belum ada penyelesaian.
Beliau juga menyentuh berkenaan isu kasino forest city dan bloomberg yang masih belum ada penyelesaian.
Perkembangan di Taman Melawati
Perkembangan di ibu negara
"Kurang setuju masalah sempadan hanya tuju pada satu negara" -PM
Perdana Menteri menegaskan bahawa kurang bersetuju sebarang permasalahan atau pertelingkahan yang melibatkan kawasan sempadan ditujukan kepada satu negara sahaja seperti negara China.
Namun, teguran dan bantahan tetap akan dilakukan sekiranya perairan kita digunakan untuk tujuan laluan pertahanan tanpa izin dari negara kita.
Namun, teguran dan bantahan tetap akan dilakukan sekiranya perairan kita digunakan untuk tujuan laluan pertahanan tanpa izin dari negara kita.
Isu tuntutan bertindih di Laut China Selatan perlu diatasi segera
Ahli Parlimen Kota Bharu bertanyakan apakah pendekatan dan strategi Malaysia yang bakal menjadi pengerusi ASEAN terhadap gesaan supaya rumusan awal kod tatalaku di Laut China Selatan?
Isu pencerobohan kapal asing termasuk juga isu kebocoran dokumen diplomatik Malaysia-China perlu diselesaikan bagi memanfaatkan saluran diplomasi Malaysia bersama negara ASEAN.
Isu pencerobohan kapal asing termasuk juga isu kebocoran dokumen diplomatik Malaysia-China perlu diselesaikan bagi memanfaatkan saluran diplomasi Malaysia bersama negara ASEAN.
Perkembangan Di Taman Melawati
Hujan lebat cetus tanah runtuh di Taman Melawati
Hujan lebat yang bermula sejak awal pagi ini telah menyebabkan tanah runtuh di Jalan E6, Taman Melawati, Ampang.
Kejadian tersebut tular di media sosial melalui video yang menunjukkan runtuhan tanah berlaku berhampiran kawasan perumahan.
Kejadian tersebut tular di media sosial melalui video yang menunjukkan runtuhan tanah berlaku berhampiran kawasan perumahan.
Bubu naga peralatan tangkapan larangan
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan,YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu berkata bagi memastikan peralatan tangkapan tidak menjejaskan ekosistem perikanan.
Jabatan Perikanan Malaysia telah menyenaraikan bubu naga sebagai peralatan larangan dalam Peraturan Perikanan (Larangan Cara Menangkap Ikan) 1980, serta peraturan Peraturan Perikanan (Kawalan Spesies Ikan Terancam) 1999 yang berkuatkuasa pada 1 Mei 2024.
#AWANInews

Agong, Permaisuri berangkat pulang ke tanah air dari Brunei
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berangkat pulang ke tanah air hari ini selepas mengakhiri lawatan negara tiga hari ke Brunei.
Kerajaan salur lebih RM600 juta kepada warga emas sejak Januari lalu
Kerajaan menyalurkan bantuan bulanan kewangan sebanyak RM601 juta kepada penerima Bantuan Warga Emas (BWE) manakala RM116 juta kepada penerima Bantuan Penjagaan Pesakit Kronik Terlantar (BPT) dalam tempoh lapan bulan sejak awal tahun lalu.
PM serah polis, AG siasat laporan Bloombreg
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sepenuhnya kepada polis dan peguam negara untuk bertindak berhubung laporan antarabangsa, Bloomberg mengenai dakwaan campur tangan beliau dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Kebajikan rakyat: Kerajaan MADANI pastikan semua dasar, inisiatif jadi keutamaan
Kerajaan Madani akan memastikan semua dasar dan inisiatif direncana mengutamakan agenda kebajikan rakyat bagi memastikan tiada kelompok yang tercicir daripada menikmati pembangunan dan kemakmuran negara.
Banjir: Banjir kilat di Universiti Malaya, siren amaran dibunyikan
Banjir kilat dilaporkan berlaku di Universiti Malaya sehingga siren amaran dibunyikan pagi ini.