Menyediakan persekitaran selamat untuk rakyat dan komuniti perniagaan terus diberi tumpuan dengan langkah kerajaan melantik lebih banyak anggota pertahanan, membina infrastruktur baharu serta perolehan peralatan dan aset terkini.
Menurut Laporan Ekonomi 2014/2015 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan pada Jumaat, antara langkah yang diambil untuk meningkatkan tahap keselamatan ialah pemasangan 496 kamera litar tertutup (CCTV) di 25 kawasan pihak berkuasa tempatan, termasuk di Sabah dan Sarawak menjelang November.
Polis Diraja Malaysia juga telah membeli 1,800 unit motosikal berkuasa tinggi bagi Unit Ronda Bermotosikal Polis bernilai RM34 juta untuk diedarkan ke seluruh negara.
"Sejumlah 200 unit motosikal tambahan akan diedarkan sebelum akhir 2014," kata laporan itu yang dikeluarkan seiring pembentangan Bajet 2015 oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat.
Peruntukan juga disediakan untuk membina lima ibu pejabat daerah polis iaitu di Pasir Mas, Kota Setar, Johor Baharu Selatan, Nusajaya dan Sipitang serta pembinaan balai polis baharu di Pengerang, Johor dan Tongod, Sabah.
Laporan itu turut menyebut bahawa Angkatan Tentera Malaysia kini dalam proses memiliki peralatan pertahanan tambahan termasuk kapal peronda luar pesisir, pesawat dan kereta perisai untuk mengukuhkan keselamatan negara.
Bagi memperketat kawalan di sempadan, laporan itu berkata Eastern Sabah Security Command (Esscom), yang ditubuhkan pada 2013 susulan serangan pengganas di Lahad Datu, telah diperkukuh dengan penambahan kehadiran anggota keselamatan, membekal peralatan dan pembinaan balai polis baharu.
"Esscom akan diperkukuh dengan penambahan anggota dalam pelbagai peringkat termasuk melalui penubuhan Briged Infantri Tentera Darat," menurut laporan itu..
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang mengawasi zon maritim negara dan laut dalam, pula akan dilengkapi dengan kapal, kapal terbang dan peralatan sokongan terkini.
"Langkah ini akan meningkatkan keyakinan rakyat, komuniti peniaga dan pelancong justeru membolehkan ekonomi terus berkembang," kata laporan itu.
Bernama
Fri Oct 10 2014
Sejumlah 200 unit motosikal tambahan akan diedarkan sebelum akhir 2014
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Indeks harga pengeluar Malaysia naik 1.6 peratus
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.