Agrobank sekali lagi menerima pengiktirafan di peringkat global apabila dianugerahkan sebagai pemenang kategori 'Pembangunan Ekonomi Tempatan' oleh Persatuan Institusi Kewangan dan Pembangunan Asia serta Pasifik (ADFIAP) 2018 pada majlis yang berlangsung di New Delhi, India.
Anugerah disampaikan Pengerusi ADFIAP, Shirjee Roy Yadar kepada Masaat Awadz yang menanggung tugas Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank.
Anugerah tersebut sebagai mengiktiraf usaha pembangunan ekonomi oleh Agrobank, terutamanya untuk Program Pembiayaan Cili Fertigasi-i di bawah kendalian Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Langat (PPK-Kuala Langat).
Menurut Masaat Awadz, Agrobank amat berbesar hati dengan penganugerahan itu dan ia memberi motivasi demi membangunkan ekonomi masyarakat agro tempatan.
"Sebagai sebuah bank yang memahami keperluan komuniti pertanian, Agrobank sentiasa proaktif dalam menawarkan pembiayaan kewangan komprehensif untuk sektor pertanian yang merangkumi aktiviti huluan dan aktiviti hiliran.
"Agrobank sentiasa mengalu-alukan kerjasama dengan rakan strategik untuk sama-sama memajukan industri pertanian," katanya.
Beliau berkata, Agrobank menawarkan pembiayaan dari RM1,000 sehingga RM50,000, tanpa perlu cagaran untuk peserta projek fertigasi cili tersebut.
"Ia terbuka kepada individu berusia 18 tahun sehingga 60 tahun dan peserta perlu berdaftar di bawah projek tanaman cili fertigasi kelolaan PPK Kuala Langat.
"Program tersebut merupakan inisiatif berinovatif PPK dalam membangunkan perusahaan cili fertigasi dengan meningkatkan penglibatan dan pendapatan belia dalam perusahaan cili. Dengan tujuan memperkasakan komuniti, PPK Kuala Langat menyediakan latihan intensif dan 'real time' kepada pengusaha muda cili untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti yang diusahakan dan membantu pemasaran dengan harga pasaran yang baik," katanya.
Agrobank menyokong program itu dengan menyediakan pembiayaan mikro tanpa cagaran kepada anggota komuniti PPK Kuala Langat serta perkhidmatan perbankan internet. Selain itu, semua pembayaran pendapatan cili kepada pengusaha dibuat secara dalam talian bagi transaksi yang lebih telus dan mempunyai simpanan rekod yang lebih teratur.
Agrobank komited dengan peranan yang dimandatkan iaitu untuk mengembangkan sektor pertanian bagi mendapatkan akses yang lebih baik dalam pembiayaan perniagaan yang berasaskan pertanian iaitu daripada peniaga mikro kepada Industri Kecil Sederhana (IKS) sehingga perniagaan import dan eksport. -- Bernama
Bernama
Thu Feb 22 2018
Pokok cili yang ditanam di tapak pertanian fertigasi cili Yayasan Naam di Taman Maluri merupakan tapak pertanian yang berjaya di tengah-tengah kawasan pembangunan yang pesat di ibu kota. - BERNAMA/Fail
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
RTS JB-Singapura di landasan tepat
Perkambangan pembinaan Projek RTS Johor Bahru-Singapura dilihat berada pada landasan tepat.
Agrobank rangkul anugerah 'Pembangunan Ekonomi Tempatan' ADFIAP di India
Agrobank sekali lagi menerima pengiktirafan di peringkat global.